Teman Seperjuangan

Saturday, November 7, 2009

Untukmu Ibu siri I

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!

Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan

hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.


“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak

rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along

sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini Berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along....

Bersambung...........

Bola oh bola


Salam Bola.(ngano kawe boleh terjebok skali.)he..
Sungguh mendebarkan menanti perlawanan kelantan vs N9.. Walaupun duk tgh exam tapi x menjejaskan semangat nak tahu keputusan mlm ni..
Debaran demi debaran
Sambil2 tu baca preview kelate vs perlis dulu. perlis kaloh gu,hua3
PREVIEW FINAL KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN




Tuan Guru Menteri Besar melambai tgn kpd penyokong kelantan di scoreboard

Alhamdulillah Tuan Guru amat hebat.. beliau menekankan berhibur @ bermain takpa, tapi Hukum Allah dan Perintah Allah keno wat dulu dan jago. baca Petikan artikel dibawah

KOTA BHARU, 29 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut menyaksikan perlawanan pertama antara Kelantan dengan Perlis bagi peringkat separuh akhir di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V kelmarin bagi merebut Piala Malaysia .

Turut mengikuti pertandingan berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Haji Abdul Fatah Mahmood, Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman serta beberapa orang lagi.

Hadir sama Adun dan Anggota Parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan 'Red Warriors' menentang Singa Utara itu untuk memberi semangat.

Kedatangan Tuan Guru serta pimpinan yang lain selepas solat Isyak telah disamput oleh Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa bersama anggota jawatankuasanya di pintu utama stadium.

Sebelum permainan dimulakan pemain Kelantan yang juga selaku tuan rumah diperkenalkan kepada Tuan Guru.

Sebelum memulakan perlawanan juga, Tuan Guru terlebih dahulu mengamimkan doa bersama para pimpinan KAFA serta pemain.

Akhirnya, setelah tamat perlawanan Kelantan berjaya menewaskan Perlis dengan kemenangan 2-0. Kemenangan itu juga bakal membawa negeri itu ke peringkat akhir buat pertama kalinya dalam sejarah pertandingan bagi tempoh 39 tahun.

Dengan kemenangan itu juga, Kelantan sekali lagi akan menentang Perlis pada 31 Oktober ini di Stadium Utama Kangar.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut menyumbangkan wang peribadinya sebanyak RM5,000 kepada pemain serta pengurus pasukan termasuk mereka yang terlibat untuk kegunaan semasa.

Biarpun berlainan ideologi politik, namun demi sebuah kemenangan dan demi menyaksikan 'Red Warriors' melangkah gagah ke peringkat akhir mereka hadir bersama penonton untuk memberi sokongan moral kepada pasukan negeri.

Hasilnya Kelantan berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam perlawanan itu.

Terdahulu wakil-wakil rakyat terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di khemah yang sediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dengan kerjsama Air Kelantan Sdn Bhd yang turut membekalkan air untuk mengambil wuduk.

dipetik dari http://redkijang.blogspot.com/

Sebelum mengakhiri.. gomo kelate gomo, wat sedap male ni..
"Majulah sukan bersama islam"

Sunday, October 25, 2009

Tugas yang terabai

Salam HPA..hari ni terima respon dari sahabat melalui ym selepas forward link ni

http://zaidikini.blogspot.com/2009/10/haram-green-soya-bean-drink-from-yeos.html

Dialog antara Dio(terpaksa dirahsiakan) dan kawe(kawe la)
Dio: hang penah minu ka?/
aku tak pernah
minum
tu laa hang
KAwe: huhu
tu la
x minum pun
tp orng yang x tahu la kna bgtahu
Dio: ya ka?
KAwe: yang dah tahu kena heboh2kan
kesian org yang x bersalah
Dio: ku rasa hang patut pi habaq kt muaz n kedai 2 lain jangan juai
KAwe: buat stakat yang mampu
Dio: uisshhh hak tu hang mampu laa

kadang2 kita rasa selamat kat USM ni sampai lupa kat kawan2 kita kat luar yang tak tahu apa2. Saya bubuh link ni bukan sebab saya terminum ke apa, saya pun dah lama tak minum air “soya kotak” kerana “kewas-wasan”.. tapi forward sebab taknak tgk ada saudara seagama kita yang terkena, kalau difikirkan apa la kesannya kepada individu yang terminum, dengan ibadahnya.. nanti esok2 kita yang kena bertanggungjawab dan kena jawab sbab tahu tapi wat2 tak tahu.. Islam itu bersih ,tetapi kitalah yang mencemarkan..

Gambar hiasan

Kepada “Dio”. Kawe tahu demo dah expert bab2 ini malah lebih tinggi ilmu dari kawe, kalau nk bagitau kedai muaz pun kesian la kat muaz, tak salah muaz berurusniaga dengan non-muslim(kafir) tapi amat sayang sekali golongan islam yang ramai memnbeli produk non-muslim. Tak perlu pertikai golongan penjual kerana ayah kawe pun penjual, kita yang tahu ni la dalam masa yang sama kita sampaikan kepada orang islam kebenarannya, mungkin kedai muaz pun harap non-muslim akan beli produk makanan non-muslim, siapa tahu kan (maaf muaz kerana anda pun terlibat secara tak langsung,hehe). Mohon maaf kepada yang berkenaan.

Haram GREEN Soya bean drink from YEO's dan FANTA APPLE

Awas semua muslimin dan muslimah!

GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......

Cuba lihat kat pic ini.

Cuba lihat dekat-dekat........

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)


Dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/

Saturday, October 17, 2009

Penyata Bonus Online

Berita Baik kepada ahli2 HPA..
Kini bonus boleh disemak melalui online. Kepada ahli yang berminat hendaklah mendaftar terlebih dahulu pada link dibawah


Selamat mencuba dan mengguna..
"Majulah bersama Produk Islam halal lagi baik"

Salam Kembali

Salam kembali.. dalam 1bulan ni banyak benda yang menarik berlaku.sedar tak sedar dah lama tak posting blog. Mungkin takda isu pasai makanan halal. Ha baru teringat ada baca sesuatu kat paper kosmo . Mac Donald buka cawangan baru, pelik tapi benar paper hari ni. Kerajaan duk war2kan suruh sokong produk bumiputra tapi lain pula jadinya. HPA buka cawangan,hotel,pizza takda promosi pun tp mcdonald buka cawangan 1 dah publish dalam paper. Adakah cakap tak serupa bikin? Adakah Diorang takut nak bangunkan ekonomi islam? Ke taknak tolong bangsa sendiri? Wallahualam…

Ada 1kisah. Bila test “Control System Design” tak boleh jawab, masuk2 test tengok soalan(mak aih. Memang design punya soalan),hehe.. study basic pun tak habis, nak tak nak kena merapu. Last skali dapat equation yang panjang yang kawe sendiri tak boleh nk solve. subjek ni paling teruk rasanya..2,3 hari lepas tu p la jumpa Lecturer yang ajar, En Nasir nama panggilannya. Berterus terang soalan beliau tak boleh jawab, ingat nk minta repeat test, tapi alhmdulillah dia kata, “zaidi boleh lulus coursework, markah tak penting, yang penting zaidi attend kelas”. Dalam hati “alhmdulillah”…Sebenarnya subjek ni ambil audit(Y) yang tu yang wat kisah tak kisah. Test study last minute. Harap lulus la subjek ni, kalau tak penat la wat projek…huhu

Pukul 3 tadi baru balik rumah ustaz borhan(staff PI), beliau pindah rumah. Jumpa dengan pakcik yang driver lori angkut barang ustaz. Borak2 dengan pakcik tu,Baiknya pakcik tu, teringat kat ayah. Rupa2nya pakcik tu penjual pasar malam(patutla pernah Nampak), jual apa eh? Tak ingat da, padahal dah Tanya,he.. pg skali dengan fateh dan shafiq hpa, enjoy depa tu, asyik gelak je. Naik lori duk belakang pastu tak leh duk diam. Masa tengok depa gelak2 atas lori teringat zaman budak2 dulu. Menjadikan lori sebagai pengankutan utama, pg raya pun naik lori tp syok la naik ramai2 adik beradik =)

Papepun tima kasih Ustz Borhan belanja makan bihun..


Post kali ni takda objektif nak sampaikan,juz goreng2,haha..terima kasih membaca

Monday, September 28, 2009

Awas!! Jangan bergantung kepada panadol lagi

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


DiCopy dari http://herbalis16.blogspot.com/


 
Zaidikini online © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute