Pages

Lagu Pilihan

Teman Seperjuangan

Tuesday, March 23, 2010

Antara kaca dan permata



Antara kaca dan permata..

Jangan kerana budi, baiknya, tuturkatanya kamu terpedaya dan mengatakan permata, padahal ia mampu melukakan kamu di jalan Allah, jangan pula kerana lemah, hina, dan lembab itu kamu katakan itu kaca, padahal dialah penyelamat kamu..

Antara Qiadah dan Jundiyah..

Jangan kerana hebat, pengaruh nya jundi itu kamu wala’/patuh kepadanya, jangan pula lemah, lembab qiadi itu kamu ingkar dan cuba berpaling tadah.

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW, beliau bersabda, "Barang siapa yang taat kepadaku, berarti ia taat kepada Allah. Barang siapa yang durhaka kepadaku, berarti ia telah durhaka kepada Allah. Barang siapa yang taat kepada pemimpin, berarti ia telah taat kepadaku. Barang siapa yang durhaka kepada pemimpin, berarti ia telah durhaka kepadaku." {Muslim 6/13}

Sahabat2, Allah sedang menguji kamu. Siapakah yang kamu sembah??



“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah Berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan, Al-Ahzab:71”

Adalah kita tidak malu berdepan dengan Baginda? Menyatakan kita berjuang di jalan baginda, sedangkan kita leka dengan perasaan tamak mengejar popularity, kekayaan.. pejuang yang faham dia akan patuh kepada pemimpin dan tidak sesekali mempertikai kecuali melanggar batas2 syarak..

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur`an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (QS. Al-Nisa`: 59)

Jangan kita cepat menilai sesuatu dengan mata, maka jadilah antara kaca dan permata.. Nilailah dengan mata hati, baiknya seseorang tertumpu kepada niat dan apa yang yang disampaikan mereka, semua perkara kecil spt baiknya mereka belanja makan, mengambil berat, sentiasa bertanya khabar itu hanya digunakan sebagai penghias diri(kaca). Kembalilah apa yang diseru baginda, di perintahkan Allah.. Nescaya kamu takkan sesat.

Nasihat ini adalah untuk diri sendiri yang lemah yang menunggu perhitungan dari Yang Maha Kuasa dan juga kepada para sahabat perjuangan. Jangan gadaikan islam demi kepentingan diri sendiri.. Beza kanlah antara kaca dan permata..Wallahualam..

No comments: