Salam ramadhan. Alhmamdulillah selamat sudah kita melalui 10 hari pertama di bulan yang mulia ini. Seperti yang kita tahu, kita dengar, dan kita baca, bulan ini adalah bulan yang penuh dengan ganjaran bagi umat islam. Ganjaran pahala wajib di lipat gandakan, pahala sunat di setarafkan dengan pahala wajib. Jadi, amat rugi lah jika kita tidak mengambil langkah atau membuat perancangan untuk menghadapi bulan ramadhan ini.
Begitu banyak ganjaran yang Allah sediakan untuk hambaNya pada bulan ini. Di mana pintu syurga di buka, pintu neraka di tutup, di ampuni segala dosa yang lepas, pahala di lipat ganda, di jauhkan dari api neraka, beroleh dua kegembiraan iaiti waktu berbuka dan apabila bertemu Allah, doa yang mustajab dan banyak lagi yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Tanya diri kita, adakah kita hendak melepaskan begitu sahaja peluang yang ada, adakah kita yakin yang kita akan bertemu pada ramadhan akan datang, adakah kita yakin pahala kita mencukupi dengan sekadar apa yang kita kerjakan sekarang. Ingatlah kita sentiasa melakukan dosa secara tidak sengaja, di tempat kerja, di kuliah dan mungkin di mana-mana kita berada, menyakiti saudara rapat kita, sahabat, dan yang paling besar adalah meninggikan suara di depan kedua ibubapa kita.

Sekarang, mari lah kita membuat kira-kira di manakah pencapaian kita atau KPI (key performance index) pada pandangan Allah. Adakah beribadah sekadar melepaskan batuk di tangga, iaitu masih lagi berada di tahap puasa umum? Atau telah mencapai tahap puasa khusus? Atau mungkin telah mencapat tahap yang paling tinggi iaitu puasa khususul-khusus. Banyak manakah bacaan quran kita? Adakah kita men tadabbur quran sekurang-kurang nya 1 muka 1 hari? Adakah semua solat kita ikhlas semata-mata kerana Allah? Berapa kali kah kita bangkit malam untuk menyempurnakan solat malam? Dan kita yakinkah bahawa semua seluruh badan kita berpuasa selain dari menahan lapar dan minum?. Sama-sama kita menghitung sebelum kita di hitung di hadapan Allah kelak.
Semoga Ramadhan ini kita dapat buat yang terbaik, habis gah, kerana kita tidak tahu dan memang tidak akan tahu bahawa masih adakah peluang kali ke dua untuk kita berjumpa dengan Ramadhan sebelum bertemu pulang menemui Yang Esa.

0 comments:
Post a Comment