Pages

Lagu Pilihan

Teman Seperjuangan

Tuesday, December 27, 2011

Hebatnya ciptaan Allah

 Firman Allah Yunus : 101
"Katakanlah: Perhatikanlah apa yaag ada di langit dan di bumi......"


Kehebatan Allah memang tidak dapat dinafikan, Setiap 'design' yang Allah buat mesti ada huraian saintifik di sebaliknya. pernah kita belajar dahulu bentuk ikan adalah aerodynamic dan kita tahu bentuk aerodynamic memudahkan pergerakan ikan di dalam air, tetapi bagaimana ia berfungsi dan apakah perjelasan saintifik di sebaliknya? Dibawah saya tunjukkan perbandingan antara 2 jenis bentuk iaitu bentuk ikan dan bentuk bulat dengan menggunakan software CFD.

Gambarajah1 Model bentuk ikan e(a) Taburan tekanan; (b) Taburan halaju


Gambarajah 2 Model for sphere shape (a) Taburan tekanan; (b) Taburan halaju

Kita dapat tengok, taburan tekanan di hadapan bagi gambarajah 1(a) kurang dari taburan tekanan bagi gambarajah 2(b), bermakna bentuk ikan itu lebih senang bergerak di dalam air  kerana kurangnya rintangan dari hadapan. keadaan yang sama berlaku pada taburan halaju iaitu bentuk ikan di gambarajah 1(a) lebih berjalan lancar dari Gambarajah 1(b). Halaju di hadapan permukaan bagi kedua-dua gambarajah menunjukkan penurunan halaju dan Gambar1(b) mempunyai lebih banyak taburan halaju yg perlahan. Penurunan halaju akan menghasilkan peningkatan tekanan. 

Adakah pernah kita perhatikan pergerakan ikan yang meluncur di dalam air, semestinya ikan itu mempunyai badan yang nipis. Jadi ini terbukti bahawa bentuk aerodynamic membantu secara tidak langsung membantu ikan bergerak di dalam air.. Allah itu pemilik semesta ini dan dia menjadikan setiap kehidupan tidak sia-sia, lihatlah betapa hebatnya 'design' Nya, jadi siapakah kita untuk melanggar perintahNya? 

*jadi persoalan saya selama ini kenapa bentuk haiwan di darat tidak sama dengan bentuk ikan terjawab :P



1 comment:

Anonymous said...

slm..baguih,suka2.boleh x tolong post banyak lagi tentang ciptaan Allah yang boleh kita dikaitkan dengan dengan kehidupan kita.wslm:)